Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tujuh ahli sindiket penjualan setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang melibatkan kerugian hasil kerajaan melebihi 15 juta ringgit.
Ketujuh-tujuh yang terlibat berusia di antara 30 hingga 39 tahun terdiri dari empat kakitangan sebuah syarikat percetakan keselamatan dan tiga orang awam.
Sejumlah 2,500 keping setem hasil kerajaan bernilai RM250 dan 10 ringgit yang keseluruhannya bernilai 12.5 juta ringgit telah dirampas dalam operasi besar-besaran yang diadakan semalam di sekitar Kuala Lumpur.